Liga 1MCC 2012 Bawah 12 – Zon Utara
barisan pegawai dan pemain |
Buat julung kalinya liga 1MCC dipertandingkan dikawasan
Utara bermula dari 13hb Oktober 2012. Liga yang menarik perhatian banyak
akademi bolasepak ini hanya dihadkan kepada 16 buah pasukan sahaja. Liga ini
dipertandingkan secara liga dua kumpulan dimana empat pasukan teratas akan
kepusingan suku akhir bertanding secara kalah mati. Kesemua perlawanan liga
diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi
inilah barisan kita |
Liga yang ditujukan khas untuk remaja bawah 12 tahun ini
bertujuan sebagai asas pertandingan bagi akademi akademi dan kelab kelab
bolasepak remaja, disamping memajukan perkembangan bolasepak diperingkat akar
umbi. Lokasi rasmi liga telah ditetapkan
dipadang sekolah St Mark Butterwoth yang juga merupakan padang latihan Akademi Bintang Biru.
coach Nordin membuat percaturan |
No comments:
Post a Comment