Saturday 5 November 2011

Persiapan menjelang Piala Kenari

Kelab Penang Panther akan turut menyertai kejohanan bolasepak Pial Kenari yang dianjurkan oleh kelab Kenari Kid Hicom-Honda di Sungai Petani Kedah pada 19hb dan 20hb November ini. Persiapan menjelang kejohanan ini  berjalan dengan lancarnya, bukan saja dari para pelatih tetapi  pihak pengurusan kelab juga sibuk dengan segala perancangan untuk memastikan penyertaan kali ini berjalan dengan baik, memandangkan penyertaan kali ini diadakan diluar kawasan, masaalah logistik, penginapan , serta permakanan perlulah diberi perhatian khusus. Tidak lupa juga untuk memastikan keselamatan kesemua pelatih yang akan ke Sungai Petani nanti.
Permilihan permain untuk menyertai kejohanan ini telahpun dibuat dimana kelab Penang Panther akan membawa 32 pelatih ke Sungai Petani Kedah bagi  menyahut cabaran kali ini. Pasukan 12 tahun  dibawah kendalian Coach Nordin, dan pasukan 10 tahun dilatih oleh Coach Awie , telah pun membuat persiapan rapi dan telah bersedia menghadapi mana2 pasukan yg  bertanding.
Para pelaitih nampaknya begitu bersemagat dan sangat teruja untuk menyertai kejohanan kali ini kerana  buat pertama kalinya Panthers menyertai kejohanan diluar Pulau Pinang.  Matalamat kelab pada kejohanan kali  ini adalah untuk memberi kan saingan yang terbaik disamping membawa nama kelab Penang Panther SRC  setapak lagi ketahap yang lebih tinggi.
sekian
latihan asas

penerangan dan motivasi

latihan

fokus mendengar penerangan

latihan sebagai persiapan

Sunday 28 August 2011

1MCC-Junior Footbal League

Liga remaja 1Malaysia Cardiff City Junior Football League (1MCC-JFL) merupakan satu liga yang telah berlansung dengan jayanya dan mendapat sambutan hangat di Lembah Klang . Kini perancangan untuk  mengembangkannya ke  keseluruh Negara telahpun dibuat  sebagai langkah untuk membantu membangunkan bolasepak diperingkat akar umbi.

KBRM juga diwakili oleh pemain2 Panther/PFS
 Sehubungan itu kelab Penang Panther  serta akedemi  lain yg ada dikawasan utara telah dijemput untuk mengahadiri  satu sesi perjumpaan sumbang-saran pada  17hb September  2011 untuk membincangkan perancangan  menganjurkan liga 1MCC-JFL diutara tanahair pda 2012 seterusnya memantapkan lagi aktiviti diperinkat remaja,  serta membentuk halatuju pembangunan bolasepak remaja dinegara kita.
Adalah menjadi harapan kita bersama agar perancangan ini menjadi kenyataan , dan kita dapat bertanding serta mempamirkan bakat didalam satu liga (1MCC-JFL) yang kompetitif . Dan juga liga ini menjadi medan untuk membekalkan pemain2 yang berpontensi keperingkat yang lebih tinggi.




Sunday 31 July 2011

Inhouse tournament Panther




Juara 12 tahun pasukan Chelsea

Sebelum berehat panjang sempena cuti bulan Ramadhan , kelab Penang Panther telah menganjurkan satu kejohanan  tertutup  khusus untuk pelatih pelatih Panther.  Kejohanan  ini  mempertandingkan empat katagori  perlawanan bolasepak bawah 8 tahun, 10 tahun, 12 dan 14 tahun, disamping penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Pasukan yang bertanding 

Juara 8 thn pasuan Barcelona
 Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mempamirkan bakat bakat pelatih, di dalam satu pertandingan yang sihat dan juga untuk  memperiratkan siratul rahim  sesama ibubapa pelatih. Kejohanan ini juga boleh dijadikan satu platform untuk pihak pengurusan mendapat feedback atau pendapat bagi memperbaiki halatuju kelab.  Acara santai ini dijadikan sebagai satu riadah keluarga dihujung minggu, seperti  berkelah ditepi padang  sambil menonton  dan bersorak untuk anak anak .Penglibatan ibubapa pada kejohanan yang kedua ini sangat lah memberangsangkan , sumbangan sumbangan yang diberikan oleh ibubapa untuk menjayakan kejohanan ini, menunjukkan komitmen tinggi  ibubapa yang ingin melihat kelab Penang Panther terus maju kehadapan.
Beberapa kemenangan didalam kejohanan yang disertai  sebelum ini telah pun berjaya menaikkan nama Penang Panther.  Kini Panthers lebih dikenali ramai dan diharap akan berupaya menarik lebih ramai pelatih2 baru menyertai kelab.

En Ir.Jamil pengurus pasukan Porto





Minum ubat dulu

























Wednesday 20 July 2011

Kebangkitan Puteri Samurai

Tahniah diatas kejayaan cemerlang Pasukan Bolasepak Wanita Jepun kerana telah berjaya menjuarai kejuaraan dunia buat pertama kalinya didalam sejarah. Sepanjang kejohanan di Jerman itu, pasukan Jepun telah mempamirkan aksi bolasepak yang menarik dengan corak serangan pantas seperti yang dipamirkan didalam aksi perlawanan akhir  ketika mengalahkan Amerika Syarikat dengan keputusan 3-1, Kejayaan dari hasil penentuan sepakan penalti setelah keduanya masih terikat di akhir masa tambahan

Jika difikirkan bolasepak adalah sukan lasak yang kurang mendapat sambutan wanita2 Asia yang terkenal sopan dan lemah lembut berbanding dgn negara 2 Eropah dimana anak anak gadis telah didedahkan dengan sukan bolasepak semenjak kecil disekolah sekolah. Tetapi kebolehan negeri Jepun yang berupaya membentuk satu pasukan bolasepak wanita yang mantap sehingga menjadikanya juara dunia adalah satu kejayaan yang luar biasa. Kejayaan ini bukan saja telah membawa kegembiraan kepada rakyat Jepun tetapi juga membuat seluruh Asia merasa bangga dan menaruh harapan serta keyakinan yg pasukan mereka juga mampu menjadi juara.

Semangat juang dan disiplin tinggi adalah antara budaya hidup rakyat Jepun, kita dapat saksikan apabila Jepun dilanda musibah gempabumi dan tsunami seketika dahulu bagaimana disiplin dan kecekalan rakyatnya menghadapi malapetaka , menghiasi dada akhbar dan tv seluruh dunia. Semangat samurai telah meletakkan maruah diri dan negara diatas segalanya ,
Latihan yang mantap, disiplin dan semangat yang tinggi inilah antara penyebab yang membolehkan pasukan Jepun berjaya.
Persoalannya mampukah kita mencontohi kejayaan Jepun ini ?,..mampukah semangat juang kita..disiplin kita..maruah diri..maruah negara dijadikan intipati kejayaan kita..ketika rasuah bolasepak masih menghantui pasukan tempatan, dan  ketika kita lebih menyokong pasukan EPL dari pasukan negara..

Mungkin kita akan hanya mampu mengharap..atau mungkin kita akan hanya mampu berkata Jangan Harap..tetapi sebenarnya kita boleh melakukan dengan pindahan paradigma, mempunyai disiplin dan semangat jitu serta laihan dan pendedahan yang mantap

Sekian, Majulah sukan untuk Negara

Wednesday 6 July 2011

Harimau Muda harapan Negara

Mungkinkah ngauman Harimau  kali ini bakal menggegarkan pentas Asia seperti yang pernah dilaku­kan oleh pasukan kebangsaan dalam era 70-an dan 80-an? Bersama saingan 12 pasukan terbaik asia yg akan merebut 3 tempat ke sukan Olimpik mampukah skuad Harimau kali ini mengulangi kejayaan yang diraih oleh pasukan kebangsaan tahun 1980 yang melayakan diri ke sukan Olimpik di Moscow
Inilah antara persoalan yang bermain-main dalam fikiran kebanyakan peminat bola sepak negara selepas kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan oleh skuad Harimau ,
Sememangnya, kemung­kinan ini tidak mustahil untuk dicapai sekiranya skuad bola sepak negara terus mempamerkan kesungguhan, apatah lagi, persada bola sepak negara sudah begitu lama dilanda zaman kegelapan.
Dengan pendedahan yang lebih meluas di masa depan, tidak mustahil skuad ini mampu menjadi pasukan yang digeruni di rantau Asia di mana mereka mampu ber­diri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pasukan ger­gasi seperti Jepun dan Korea Selatan
Semuga kedua dua pasukan Harimau Melaya dan Harimau Muda dapat membawa nama Malaysia keperingkat yang di segani di arena bolasepak antarabangsa

Monday 13 June 2011

Juara MSSM sentuhan Cikgu Azhar

Cikgu Azhar jurulatih
Penang Panther SRC/PFS mengucapkan setinggi tahniah kepada Cikgu Azhar Abd Rahman yang juga ketua jurulatih Penang Panther SRC/PFS kerana berjaya membawa pasukan negeri Pulau Pinang menjuarai kategori bawah 15 tahun bolasepak Majlis Sukan Sekolah2 Malaysia. Kejuaraan ini menjadi sangat bermakna kerana buat pertama kalinya pasukan negeri berjaya menjadi juara MSSM bawah 15 tahun ,sekali gus membuktikan kebersanan cara kejurulatihan Cikgu Azhar

Pada pertandingan yang diadakan minggu lalu, pasukan Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai juara bola sepak MSSM bagi kategori 15 tahun apabila berjaya menumpaskan pasukan Kuala Lumpur dengan jaringan 1-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Dalam perlawanan akhir  yang berlangsung pada sebelah malam, kedua-dua pasukan menunjukkan kesungguhan untuk memenangi perlawanan tersebut. kedua-dua pasukan sering bertukar serangan untuk menjaringkan gol. Pada separuh masa pertama, pasukan Pulau Pinang banyak menguasai bola dan akhirnya pemain yang berjersi no 7, Mohd Asraf Zainol berjaya menjaringkan gol. Gol berpunca daripada kesilapan pertahanan  Kuala Lumpur yang gagal mengawal bola dengan baik  dikawasan sendiri. Kesempatan ini diambil oleh Mohd Asraf apabila merampas bola dikaki lawan dan seterusnya mengelecek dua pertahanan lawan dan merembat terus kearah pintu gol Kuala Lumpur dan gagal didakap kemas oleh penjaga gol. Pulau Pinang yang dibantu oleh penyokong tempatan akhirnya berjaya untuk mengekalkan jaringan sehingga tamat perlawanan 90 minit.


Kemenangan ini juga amat bermakna bagi Pulau Pinang apabila berjaya membalas dendam kekalahan mereka terhadap Kuala Lumpur dalam peringkat kumpulan dengan jaringan yang sama. Pada peringkat suku akhir pasukan Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan pasukan Kedah dengan jaringan 1-0. Seterusnya menumpaskan pasukan Sabah pada peringkat separuh akhir dengan jaringan enam gol tanpa balas.

Tahniah pasukan negeri Pulau Pinang

Saturday 4 June 2011

Panthers Cemerlang

Panthers cemerlang di kejohanan
Penyertaan pertama Penang Panther di dalam sebarang kejohanan bermula pada 28hb Mei 2011,Tidak ada harapan yg tinggi diletakan kepada pasukan ,matlamat sebenar hanyalah sebagai pendedahan kepada pelatih, sekiranya tewas pun biarlah tewas dengan bermaruah , itulah pesanan Coach Nordin yang bimbang Panthers akan menjadi pasukan belasahan. Nama nama pasukan yang turut menyertai kejohanan sudah cukup untuk menggerunkan .
Pasukan pasukan  seperti Gen Pro, Little Star,dan Bintang Biru adalah pasukan pasukan berpengalaman yang turut pernah bersaing didalam Malaysia Junior League . Pasukan Hicom Honda (Kenari Kids ) nama besar yang dikenali bukan saja dinegeri Kedah tapi juga sampai ke Pulau Pinang ini. Tidak tertinggal juga pasukan pasukan handalan tempatan seperti Pearl Soccer dan Kickers sudah cukup untuk membuat pihak pengurusan merasa sedikit bimbang . Tapi lain halnya dengan pelatih2 Panther mereka begitu bersemangat dan tidak sabar untuk berjuang menaikan nama pasukan
Pasukan Bawah 8 tahun  bimbingan Zul dan Haris
Baby panthers memulakan cabaran dengan cemerlang di hari pertama sehingga menjadi juara kumpulan dan melayakkan  diri ke winners pool . Di hari kedua di peringkat suku akhir kehebatan baby panthers teruji bila mereka terpaksa menghadapi pasukan yang digeruni iaitu pasukan Bintang Biru. Keputusan luar jangkaan berlaku bila  Panthers mengalah Bintang Biru dgn jaringan 1-0 dan melayakkan diri  ke separuh akhir. Lawan diperingkat seterusnya adalah pasukan Kenari Kids-Hicom Honda dari Kedah,

 Di perlawanan separuh akhir baby panthers telah bermain dgn sungguh bersemangat dan berkeyakinan tinggi  sehingga berjaya mendahului 1-0 diseparuh masa . Tetapi nasib tidak menyebelahi  bila kira kira 3 minit sebelum tamat pasukan Kenari berjaya menyamakan kedudukan dgn gol kontrovesi  yg diprotes oleh permain2 panthers yg mengatakan bola yg mengegarkan palang sebenarnya belum masuk kegawang. Keputusan pengadil adalah muktamad. Penentuan keperlawanan akhir pun terpaksa  ditentukan oleh sepakan penalti setelah keduanya seri 1-1. Panther tewas apabila dua pemain gagal menyempurnakan sepakan.
Pasukan Bawah 10 tahun bimbingan Coach Azwi
Hari pertama yang penuh drama dihadapi oleh pasukan ini, cabaran pertama bermula dengan keputusan seri  0-0 dengan pasukan Hicom Honda,permainan yang menyaksikan penjaga gol Afwan dengan hebat mengawal gawang dari dibolosi.  disusuli dengan kemenangan 1-0 jaringan Md Fitri menewaskan pasukan Penang Kickers. Perlawanan yg ketiga menentang Kickers futbol menyaksikan pengadil seolah olah tidak memihak kpd Panthers,  setelah mendahului 1-0, dan permainan hampir tamat pasukan lawan berjaya mendapat sepakan percuma yg diprotes oleh penyokong2 Panther.
  Hasil dari sepakan ini Kickers telah berjaya menyamakan kedudukan dgn jaringan 1-1 hingga tamat permainan. Keputusan ini memberi  harapan cerah utk kedua-duanya layak ke winners pool.  Tapi malangnya sikap kurang semangat kesukanan Pg Kickers yg telah tewas dua perlawanan telah memberikan kemenangan percuma kpd Hicom Honda .Keputusan ini telah melayakkan Hicom secara otomatis kerana lebihan satu gol . apabila ketiga tiga pasukan mempunyai jumlah mata yg sama
Hari Kedua kejohanan bermain didalam consolation pool pasukan Panthers telah menunjukkan aksi garang dengan mengalahkan Pasukan Little Star dengan jaringan 1-0, diikuti kemenangan 4-0 diseparuh akhir mengalahkan pasukan Pearl Soccer. Pertandingan akhir menyaksikan Panthers dengan sorakan sorakan semangat penyokong bermain bermati2an melawan pasukan Bintang Biru .
Nama2 bintang kecil seperti  Aiman , Shafiq, Azzim, Fitri dan Asraff  kini  menjadi jeritan semangat ibubapa dan penyokong . Sorakan kegembiraan kedengaran apabila Panthers berjaya menjaringkan gol dan apabila wisel penamat dibunyikan menandakan kemenagan Panther penyokong2 menyerbu masuk meraikan dan menjulang wira2 kecil ini. Kejohanan ini juga telah memilih adik Afuan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan bawah 10thn.
Pasukan bawah 12tahun bimbingan coach Nordin
Pasukan ini juga bermain dengan cemerlang didalam kejohanan ini. Pasukan bawah 12 memulakan cabaran dengan kemenangan 1-0 mengalahkan pasukan Hicom Junior, tetapi tewas diperlawanan kedua apabila melawan pasukan Little Star Chelsea  dengan keputusan 0-1, Perlawanan ketiga menyaksikan Panthers dan Mutiara Utd seri dgn kedudukan 0-0.  Panthers layak ke winners pool.
Pada hari kedua diperingkat suku akhir Panthers telah tewas ditangan Juara Kenari kids dengan jaringan 0-1, dan sekali gus menamatkan cabaran pasukan bawah 12thn. Tetapi kejohanan ini telah mengiktirafkan adik Muhamad Ariffin Rosley sebagai pemain terbaik bawah 12thn.
 Tahniah kepada pasukan kerana telah berjaya membuka mata dan meletakan nama Pg Panther sebagai antara pasukan yg cemerlang