Perutusan



WATIKAH PRESIDEN

PENANG PANTHER SPORTS & RECREATIONS CLUB (PPSRC)

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan rahmat dan izinnya Akademi Kelab Sukan Dan Rekreasi Penang Panther ( Penang Panther Sports & Recreation Club /PPSRC) kini semakin dikenali dan diyakini ramai.

Terlebih dahulu, izinkan saya mengutarakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kelab kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk meneruskan pelayaran dan kesinambungan kelab ini. InsyaAllah dengan pengstrukturan pentadbiran yang lebih tersusun antara pengurusan dan jurulatih serta amanah yang digalas akan saya laksanakan sebaik mungkin bersama-sama barisan kepimpinan yang lebih kukuh serta berkaliber,

Walaupun sebagai sebuah akademi sukan bolasepak namun pihak pengurusan juga menekankan  aspek akademik agar pelatih-pelatih berjaya seiring dengan pencapaian dalam bidang bolasepak.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada para pelatih, para ibu bapa serta warga kerja PPSRC yang terlibat di atas usaha keras mereka dalam memastikan bilangan ahli semakin bertambah disamping segala kepentingan asas diutamakan.

Beberapa misi kelab telahpun dan akan dilaksanakan mengikut susunatur perancangan secara berperingkat-peringkat. Diantaranya adalah menganjurkan serta menyertai beberapa acara ‘friendly game’ dan ‘tournament’ samada ‘indoor’ mahupun ‘outdoor’, sessi bersama pemain-pemain pasukan Harimau Malaya, menjalinkan hubungan dengan kelab-kelab luar, mencari dana dari segi kewangan bagi menampung kewangan kelab dan berbagai-bagai lagi. Pelbagai lagi program dan aktiviti yang bukan sahaja berfaedah malah ianya juga dapat mengeratkan lagi hubungan tiga hala antara ibu bapa, para pelatih dan juga warga kelab, masih dalam senarai. Cuma tarikhnya akan diumumkan kelak mengikut kesesuaian dari segala aspek.

Oleh itu, besarlah harapan pihak kelab,  seandainya ada pihak-pihak yang dapat tampil memberikan sedikit sumbangan walau dalam apa jua bentuk, agar sama-sama dapat menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan demi melahirkan pemain-pemain PPSRC yang berkaliber, berkualiti dan bakal menjulang nama kelab dan negara dalam arena sukan bolasepak di peringkat antarabangsa.

Visi kami adalah ingin menjadi sebuah kelab yang di segani di kawasan Utara, InsyaAllah, dengan berkat daya usaha semua yang terbabit, PPSRC akan berikan yang terbaik dan tidak akan mudah mengalah


‘HARIMAU PPSRC TERUS MARA’

Sekian Wassalam.

MOHD NIZAM NAZRI BIN MOHD HASHIM

PRESIDEN











Perutusan Presiden Kelab ( Tahun 2009 hingga 2011 )

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah Taala kerana dengan rahmatdan kasih sayang-Nya,kita dapat menubuhkan Penang Panther Sport & Recreation Club ( Panther SRC ).Terlebih dahulu,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli,ibu bapa,pelatih-pelatih dan AJK yang terlibat dalam menubuhkan Kelab ini.
Buat makluman semua,pendekatan Panther SRC akan tertumpu kepada dua bidang terpenting iaitu bidang sukan dan rekreasi dan juga bidang pendidikan khususnya untuk pelajar yang menduduki UPSR,PMR dan SPM.Untuk merealisasikan hasrat tersebut kelab perlu memperuntukkan jumlah wang yang banyak bagi menjayakan program ini.Oleh yang demikian pihak kelab berharap agar kutipan bulanan daripada pelatih-pelatih diterima sepenuhnya setiap bulan.Pihak kelab juga mengalu-alukan sumbangan wang daripada orang ramai serta dermawan-dermawan yang sudi menderma.
Saya berhasrat memajukan dan menjayakan Panther SRC ini serta melahirkan ramai bakat-bakat muda yang berjaya dalam bidang sukan khususnya bolasepak.Oleh itu saya berharap dan berdoa agar kita sama-sama dapat menggembeleng tenaga dan usaha untuk menjayakan hasrat ini.Bak kata pepatah Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.Oleh yang demikian,saya berharap agar semua pihak terutama para ibu-bapa akan terus menyokong dan menyertai apa jua program dan aktiviti yang akan melibatkan atau yang dianjur oleh Panther SRC pada masa akan datang.Kepada semua AJK saya amat-amat berharap dan berdoa agar anda semua dapat mengorbankan sedikit masa,tenaga,wang dan idea untuk membangunkan Panther SRC ini supaya menjadi satu kelab yang unggul.

Adam Hj Ahmad - Presiden Penang Panther Sport & Recreation Club. ( tahun 2009 hingga 2011 )