MAJLIS HARI RAYA PENANG
PANTHER
Pada hari Ahad 16hb Sept yang lalu kelab Penang Panther telah
mengadakan satu jamuan sempena majlis Aidil Fitri untuk memperiratkan
siratulrahim antara pelatih2 dan juga ibubapa.Majlis diadakan pada hari terakhir bulan Shawal dan masih didalam suasana
berhari raya
Latihan pada hari itu diadakan seperti biasa walaupun hujan
lebat namun pelatih2 tetap bersemangat dan merasa seronok bermain hujan.
Nuur Shadiqin |
Pada majlis ini juga kelab Penang Panther telah
berkesempatan mengiktiraf pelatih2 Panther yang cemerlang kerana terpilih
didalam projek Pembangunan Bolasepak Negara MSN mewakili negara dan juga negeri
dengan memberi sijil penghargaan dan sedikit hadiah sumbangan . Semuga ianya
akan menjadi perangsang kepada pelatih2 lain untuk lebih bersemangat
mempertingkatkan kemahiran bolasepak.
Md Azzim Othman |
Suasana meriah terasa bila pelatih2 bersama ibubapa beramai
ramai menjamu selera dengan juadah yang tersedia. Hiruk pikuk kedengaran bila
pelatih2 berebut utk mendapatkan aiskrim yang disediakan apa tah lagi apabila
mereka disuruh berbaris untuk menerima sumbangan duit raya yang diberikan pihak
kelab.
Sungguh ceria dan meriah majlis hari raya Panthers ini. Diharapkan akan lebih baik lagi pada tahun2 hadapan.
Kelab Penang Panther ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada ibubapa/waris pelatih yang
telah secara ikhlas memberi sumbangan berupa makanan maupun kewangan ,begitu
juga kepada semua AJK dan ibu2 Panthers yang tampa menghirau penat menyumbang
demi kejayaan majlis ini. TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment