Wednesday 23 May 2012

PgPanther diuji MyKid Soccer

Latihan pemanas badan Panther
Pada pagi 20hb Mei yang lalu kelab Penang Panther telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan MyKid Soccer Pulau Pinang. MyKid Soccer adalah satu pasukan pembangunan bolasepak remaja dibawah Majlis Sukan Negara. Pemain2 berbakat dipilih dari sekolah2 diseluruh negeri pulau Pinang untuk menyertai program latihan yang diadakan 3 kali seminggu dikendalikan oleh jurulatih2 berpengalaman

Perlawanan persahabatan kali ini adalah untuk menguji persiapan PgPanther menghadapi karnival bolasepak remaja Bintang Biru yang akan diadakan pada 2 dan 3hb June.
Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi kategori umur bawah 9 tahun, 11 tahun dan 13 tahun. Perlawanan yang menarik telah ditunjukkan oleh kedua dua pasukan disaksikan oleh ramai penonton yang terdiri daripada penyokong dan ibubapa kedua dua pasukan.

MyKid Soccer warmin up
Apa yang menarik, perlawanan kali ini telah berjaya mempermosikan kelab PgPanther sebagai sebuah akademi bolasepak remaja yang sedang berkembang dinegeri Pulau Pinang ini. Kelab PgPanther telah berjaya memikat hati beberapa ibubapa yang hadir pada hari itu
untuk membenarkan anak mereka mengikuti latihan bersama kelab Panther.












Add caption







Add caption









Friday 4 May 2012

Terima kasih ibu2 Panthers

Presiden membawa kek ulang tahun
Kelab Penang Panther telah mengadakan satu jamuan ringan pada 28hb April yang lalu khusus untuk semua pelatih2 Pantherdemi memperiratkan rasa persaudaraan sesama rakan2. Mereka juga sempat meraikan ulang tahun kelahiran 6 orang rakan2yang lahir pada bulan April.
Jamuan diadakan selepas latihan didahulukan dengan ucapan ringkas oleh Presiden kelab.

ulang tahun anak2 Panthers bulan April
Pesanan presiden kepada pelatih2 supaya menerapkan budaya yang positif dengan menekankan aspek disiplin dan komitmen dalam latihan

Jamuan yang diadakan ini adalah hasil inisiatif ibu2 Panthers yang dengan sukarela telah memberikan sumbangan makanan dan minuman serta wang ringgit tanpa melibatkan dana kewangan kelab. Pihak pengurusan kelab sungguh merasa berbesar hati dan berterima kasih diatas penglibatan ibu bapa dalam merencanakan acara2 sebegini.

Semuga dimasa akan datang akan ada lebih banyak penglibatan dan sokongan ibu bapa dalam merialisasikan acara2 yg dianjurkan oleh kelab pula.

Terima Kasih
nyanyi ucapan ulang tahun

Menyambut ulang tahun bersama

nak bubuh lilin kat mana ?

Bestnya kek harijadi ada team bola


Habis latihan terus makan

Beratur menunggu giliran sungguh berdisiplin

Ayam bagi lebih mak..

makan bersama rakan2

latihan bolasepak..Fifa on line pulak..


sambung game balik...







Perlawanan persahabatan menguji kemahiran



Nyanyian Negaraku sebelum perlawanan
Dua perlawanan persahabatan telah diadakan sepanjang bulan April lalu utk menguji tahap kemahiran pelatih2 Penang Panther
Perlawanan persahabatan yg pertama pada 8hb April, Panthers telah menerima kunjungan balas Akedemi Bolasepak Mutiara United (MUfa)
Perlawanan persahabatan ini merangkumi perinkat umur bawah 8 tahun, bawah 10 , bawah 12 dan bawah 15 tahun
Kesemua peringkat umur pasukan Panther telah mempamirkan permainan yang baik dan meghiburkan disaksikan oleh ibubapa dan penyokong kedua dua pasukan

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut

Bawah 8 tahun :            Panther 5  -  MUfa  1
Bawah 10 tahun :          Panther 2  -  MUfa  0
Bawah 12 tahun :          Panther 1  -  MUfa  2
Bawah 15 tahun :          Panther 4  -  MUfa  1
Panthers Dan MUfa bawah 10 thn
Bawah 15 thn

Pengurusan Panthers dan MUfa 

Perlawanan kedua pula ialah pada 14hb April, menerima kunjugan pasukan bawah 12 tahun SK Padang Tembak, 
SK Padang Tembak adalah juara zon Air Itam antara sekolah2 dan perlawanan ini dijadikan ujian persiapan pasukan sekolah.
Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua2 pasukan mempamirkan permainan yang menarik. SK Padang Tembak yg juga dibarisi sebahagianya oleh pelatih Panther lebih banyak mengasak dan berjaya mendahului Panther pada separuh masa pertama
Tetapi dapat di balas oleh pasukan Panther di separuh masa kedua, keputusan akhir perlawanan ini adalah seri 1 – 1.



Panther bawah 12 bersama SK Pdg Tembak

aksi perlawanan lwn SK Pdg Tembak

memerhatikan rakan2 beraksi