Monday 13 June 2011

Juara MSSM sentuhan Cikgu Azhar

Cikgu Azhar jurulatih
Penang Panther SRC/PFS mengucapkan setinggi tahniah kepada Cikgu Azhar Abd Rahman yang juga ketua jurulatih Penang Panther SRC/PFS kerana berjaya membawa pasukan negeri Pulau Pinang menjuarai kategori bawah 15 tahun bolasepak Majlis Sukan Sekolah2 Malaysia. Kejuaraan ini menjadi sangat bermakna kerana buat pertama kalinya pasukan negeri berjaya menjadi juara MSSM bawah 15 tahun ,sekali gus membuktikan kebersanan cara kejurulatihan Cikgu Azhar

Pada pertandingan yang diadakan minggu lalu, pasukan Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai juara bola sepak MSSM bagi kategori 15 tahun apabila berjaya menumpaskan pasukan Kuala Lumpur dengan jaringan 1-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Dalam perlawanan akhir  yang berlangsung pada sebelah malam, kedua-dua pasukan menunjukkan kesungguhan untuk memenangi perlawanan tersebut. kedua-dua pasukan sering bertukar serangan untuk menjaringkan gol. Pada separuh masa pertama, pasukan Pulau Pinang banyak menguasai bola dan akhirnya pemain yang berjersi no 7, Mohd Asraf Zainol berjaya menjaringkan gol. Gol berpunca daripada kesilapan pertahanan  Kuala Lumpur yang gagal mengawal bola dengan baik  dikawasan sendiri. Kesempatan ini diambil oleh Mohd Asraf apabila merampas bola dikaki lawan dan seterusnya mengelecek dua pertahanan lawan dan merembat terus kearah pintu gol Kuala Lumpur dan gagal didakap kemas oleh penjaga gol. Pulau Pinang yang dibantu oleh penyokong tempatan akhirnya berjaya untuk mengekalkan jaringan sehingga tamat perlawanan 90 minit.


Kemenangan ini juga amat bermakna bagi Pulau Pinang apabila berjaya membalas dendam kekalahan mereka terhadap Kuala Lumpur dalam peringkat kumpulan dengan jaringan yang sama. Pada peringkat suku akhir pasukan Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan pasukan Kedah dengan jaringan 1-0. Seterusnya menumpaskan pasukan Sabah pada peringkat separuh akhir dengan jaringan enam gol tanpa balas.

Tahniah pasukan negeri Pulau Pinang

Saturday 4 June 2011

Panthers Cemerlang

Panthers cemerlang di kejohanan
Penyertaan pertama Penang Panther di dalam sebarang kejohanan bermula pada 28hb Mei 2011,Tidak ada harapan yg tinggi diletakan kepada pasukan ,matlamat sebenar hanyalah sebagai pendedahan kepada pelatih, sekiranya tewas pun biarlah tewas dengan bermaruah , itulah pesanan Coach Nordin yang bimbang Panthers akan menjadi pasukan belasahan. Nama nama pasukan yang turut menyertai kejohanan sudah cukup untuk menggerunkan .
Pasukan pasukan  seperti Gen Pro, Little Star,dan Bintang Biru adalah pasukan pasukan berpengalaman yang turut pernah bersaing didalam Malaysia Junior League . Pasukan Hicom Honda (Kenari Kids ) nama besar yang dikenali bukan saja dinegeri Kedah tapi juga sampai ke Pulau Pinang ini. Tidak tertinggal juga pasukan pasukan handalan tempatan seperti Pearl Soccer dan Kickers sudah cukup untuk membuat pihak pengurusan merasa sedikit bimbang . Tapi lain halnya dengan pelatih2 Panther mereka begitu bersemangat dan tidak sabar untuk berjuang menaikan nama pasukan
Pasukan Bawah 8 tahun  bimbingan Zul dan Haris
Baby panthers memulakan cabaran dengan cemerlang di hari pertama sehingga menjadi juara kumpulan dan melayakkan  diri ke winners pool . Di hari kedua di peringkat suku akhir kehebatan baby panthers teruji bila mereka terpaksa menghadapi pasukan yang digeruni iaitu pasukan Bintang Biru. Keputusan luar jangkaan berlaku bila  Panthers mengalah Bintang Biru dgn jaringan 1-0 dan melayakkan diri  ke separuh akhir. Lawan diperingkat seterusnya adalah pasukan Kenari Kids-Hicom Honda dari Kedah,

 Di perlawanan separuh akhir baby panthers telah bermain dgn sungguh bersemangat dan berkeyakinan tinggi  sehingga berjaya mendahului 1-0 diseparuh masa . Tetapi nasib tidak menyebelahi  bila kira kira 3 minit sebelum tamat pasukan Kenari berjaya menyamakan kedudukan dgn gol kontrovesi  yg diprotes oleh permain2 panthers yg mengatakan bola yg mengegarkan palang sebenarnya belum masuk kegawang. Keputusan pengadil adalah muktamad. Penentuan keperlawanan akhir pun terpaksa  ditentukan oleh sepakan penalti setelah keduanya seri 1-1. Panther tewas apabila dua pemain gagal menyempurnakan sepakan.
Pasukan Bawah 10 tahun bimbingan Coach Azwi
Hari pertama yang penuh drama dihadapi oleh pasukan ini, cabaran pertama bermula dengan keputusan seri  0-0 dengan pasukan Hicom Honda,permainan yang menyaksikan penjaga gol Afwan dengan hebat mengawal gawang dari dibolosi.  disusuli dengan kemenangan 1-0 jaringan Md Fitri menewaskan pasukan Penang Kickers. Perlawanan yg ketiga menentang Kickers futbol menyaksikan pengadil seolah olah tidak memihak kpd Panthers,  setelah mendahului 1-0, dan permainan hampir tamat pasukan lawan berjaya mendapat sepakan percuma yg diprotes oleh penyokong2 Panther.
  Hasil dari sepakan ini Kickers telah berjaya menyamakan kedudukan dgn jaringan 1-1 hingga tamat permainan. Keputusan ini memberi  harapan cerah utk kedua-duanya layak ke winners pool.  Tapi malangnya sikap kurang semangat kesukanan Pg Kickers yg telah tewas dua perlawanan telah memberikan kemenangan percuma kpd Hicom Honda .Keputusan ini telah melayakkan Hicom secara otomatis kerana lebihan satu gol . apabila ketiga tiga pasukan mempunyai jumlah mata yg sama
Hari Kedua kejohanan bermain didalam consolation pool pasukan Panthers telah menunjukkan aksi garang dengan mengalahkan Pasukan Little Star dengan jaringan 1-0, diikuti kemenangan 4-0 diseparuh akhir mengalahkan pasukan Pearl Soccer. Pertandingan akhir menyaksikan Panthers dengan sorakan sorakan semangat penyokong bermain bermati2an melawan pasukan Bintang Biru .
Nama2 bintang kecil seperti  Aiman , Shafiq, Azzim, Fitri dan Asraff  kini  menjadi jeritan semangat ibubapa dan penyokong . Sorakan kegembiraan kedengaran apabila Panthers berjaya menjaringkan gol dan apabila wisel penamat dibunyikan menandakan kemenagan Panther penyokong2 menyerbu masuk meraikan dan menjulang wira2 kecil ini. Kejohanan ini juga telah memilih adik Afuan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan bawah 10thn.
Pasukan bawah 12tahun bimbingan coach Nordin
Pasukan ini juga bermain dengan cemerlang didalam kejohanan ini. Pasukan bawah 12 memulakan cabaran dengan kemenangan 1-0 mengalahkan pasukan Hicom Junior, tetapi tewas diperlawanan kedua apabila melawan pasukan Little Star Chelsea  dengan keputusan 0-1, Perlawanan ketiga menyaksikan Panthers dan Mutiara Utd seri dgn kedudukan 0-0.  Panthers layak ke winners pool.
Pada hari kedua diperingkat suku akhir Panthers telah tewas ditangan Juara Kenari kids dengan jaringan 0-1, dan sekali gus menamatkan cabaran pasukan bawah 12thn. Tetapi kejohanan ini telah mengiktirafkan adik Muhamad Ariffin Rosley sebagai pemain terbaik bawah 12thn.
 Tahniah kepada pasukan kerana telah berjaya membuka mata dan meletakan nama Pg Panther sebagai antara pasukan yg cemerlang