Setelah lebih tiga minggu liga bolasepak 1MCC berlangsung
perlawanan peringkat kumpulan kini telah hampir sampai kepenghujung , cuma tinggal satu saja perlawanan lagi yang akan berlangsung pada 10.11.2012 untuk
menamatkan pusingan dan menentukan 8 pasukan dari dua kumpulan yang layak kesuku akhir.
Dalam kumpulan A,tiga pasukan telahpun layak keperingkat
seterusnya , Kenari Kids Langkawi mendahului kumpulan diikuti rapat oleh Sinar
Dimaja Kepala Batas. Masing masing mempunyai 16 mata yang sama tetapi Kenari mempunyai kelebihan perbezaan
6 gol . Tempat ketiga Tennavan
Football Academy
dari Taiping Perak mendapat 12 mata.
Tempat keempat dari kumpulan A, akan ditentukan diatara
Penang Panther SRC 10 mata, dan Bintang Biru 7 mata.
Empat pasukan dari setiap kumpulan akan layak keperingkat suku akhir.
Pada minggu pertama pertandingan Panthers telah berjaya
menewaskan pasukan Akademi Pauh Jaya dangan keputusan 2 – 0, melalui jaringan Aiman dan
Fitri, pada sebelah petang pula Panthers
telah seri dengan pasukan Bintang Biru 0 – 0, pada minggu pertama Panther telah
mengumpul 4 mata,
Pada perlawanan pertama minggu kedua, Panthers telah tewas
dengan agak mudah kepada Sinar Dimaja Kepala Batas dengan keputusan 0 – 6,
tetapi telah membalas dengan menumpaskan Real Kidz FC dengan jumlah jaringan 6
– 1, gol-gol dijaringkan oleh Aiman (3),
Fitri (1), Azim (1), Shafiq (1) tiga mata dikumpul pada minggu kedua.
Pada minggu ketiga, keadaan menjadi sukar apabila sebahgian
dari pemain2 utama tidak dapat bersama kerana terlibat dgn pertandingan MyKid
anjuran MSN dan juga pertandingan antara zon sekolah2 yang diadakan pada tarikh
yang sama, ada juga pemain2 yang telah cedera kerana bermain utk pasukan sekolah. Walaupun demikian keadaan ini tidak melemahkan semangat pemain pemain lain untuk
meneruskan cabaran Penang Panthers.
Pada sebelah pagi Panthers telah berjaya menewaskan pasukan Minden
Tigers dengan jumlah jaringan 2 – 1, gol-gol dijaringkan oleh Fitri melalui
sepakan penalti dan juga Shahril melalui tendangan percuma .
Tetapi sebelah petangnya Panthers telah gagal menyekat
pasukan Kenari Langkawi dan tewas dengan jaringan 0 – 4, tiga mata lagi
dikumpul oleh Panthers
Sehingga minggu ketiga ini Panthers telah berjaya mengumpul
10 mata, jaringan 10, kena 12, perbezaan gol ( -2 ) manakala Bintang Biru pula
mengumpul 7 mata, jaringan 5 kena 21 perbezaan gol ( -16 )
Panthers memerlukan seri pada perlawanan terakhir dengan
Tennavan FA Taiping untuk mara ataupun sekurangnya tidak tewas dengan jumlah
jaringan yang besar.
Dalam kumpulan B empat pasukan telah pun layak keperingkat
seterusnya dimana pasukan Assumption FC mendahului kumpulan B dikuti oleh
Kenari Kids Kubang Pasu,
No comments:
Post a Comment