Monday 30 May 2011

Panthers keluar dari bayangan Pearl

Panthers bukannya Pearl
Untuk sekian lamanya Panthers sering dibayangi oleh Pearl , kata kata sindiran seperti we are the real Panthers juga pernah keluar dari mulut pelatih2 senior Pearl pada awalnya, Bahkan apabila kami adakan perlawanan persahabatan dgn pasukan lain, pun ada yang menyangka yg kami ini Pearl. Hinggalah kami terpaksa membetulkan kekeliruan ini dengan menerangkan yang Pearl dan Panther itu adalah dua pasukan yg berbeza, dibawah pengurusan yang berbeza. Pernah terfikir dipihak pengurusan agar nama Panther ditukar supaya tidak lagi dikaitkan dengan Pearl namun ada yang mempertahankan tidak mahu nama Panther berkubur.
Penang Panther telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2009 ,yang mana pada ketika itu Panthers mempunyai lebih dari 100 orang pelatih dgn barisan jurulatih2 berpengalaman diketuai oleh coach Halim sbg ketua jurulatih.  Perjalanan kelab berjalan lancar dan ceria, banyak program2 yg diadakan untuk memperiratkan siratulrahim dgn ibubapa , spt majlis Hari Raya dan sebagainya. Perlawanan2 persahabatan bukan saja diadakan didalam negeri, bahkan sampai ke negeri jiran Kedah, boleh di katakan Panthers telah bertapak dan sedang lancar menuju kehadapan
Tapi malangnya keadaan itu tidak berterusan, pada tahun yang sama juga satu perselisihan faham berlaku yang menyaksikan kesemua jurulatih membawa kesemua pelatih keluar beramai ramai dan mengistiharkan  pembubaran Panthers . Pelatih2  Panther di bawa ke satu venue latihan baru dan kemudian telah bertukar nama kepada Pearl Soccer School. Maka tidak hairanlah jika pelatih2 Pearl ini beranggapan yang merekalah Panthers yang sebenar.
Apa yang menyebabkan perselisihan faham yang malang ini hanya diketahui oleh mereka2 yang terlibat. Tapi apa  yang berlaku di venue PFS pada minggu selepasnya adalah amat menyedihkan, apa yang tertinggal  hanyalah  dua tiga orang pelatih dan seorang coach Cikgu Azhar,  En. Adam selaku presiden kelab dengan sugul memohon maaf kpd ibu bapa sambil menceritakan masaalah yg terjadi. Saya adalah salah seorang diantara ibubapa tersebut,
Setelah beberapa lama didalam keadaan yg tidak menentu , Penang Panther telah sedikit demi sedikit menguatkan kedudukan,  dan dengan barisan pengurusan yang baru dilantik kedudukan Penang Panthers kini bertambah mantap. Pelatih2 kini semakin ramai dan keprihatinan ibubapa juga bertambah.  Panthers kini  telah mula berani menyertai kejohanan .
Bertemu di kejohanan
Nasib telah menentukan buat pertama kalinya Panthers terpaksa bertemu Pearl didalam sebuah kejohanan. Bertempat di padang sekolah Sri Relau pada 29hb Mei 2011, disaksikan oleh ibubapa dan mereka2 yang tahu sejarah Pearl dan Panthers, perlawanan untuk merebut tempat ke pertandingan akhir diadakan,yang  akhirnya menyaksikan  Panthers mengalahkan Pearl dengan jaringan 4-0,  dan seterusnya mara ke perlawanan akhir dan muncul sebagai JUARA .
Kini Panthers tidak lagi dibayangi oleh Pearl ..dengan tekad azam utk terus maju kehadapan dan usaha gigih barisan pengurusan,  kami akan berusaha terus demi menrealisasikan matlamat asal penubuhan . Selamat maju Jaya.
Wasallam




Sejarah Tercipta

Pertandingan pertama pasukan Pg Panther didalam sesuatu kejohanan bermula pada 28hb Mei 2011 bertempat di padang sekolah Sri Relau pada jam 9.40 pagi.  Pasukan bawah 12 tahun telah terpilih untuk memulakan cabaran Pg Panther menentang  wakil  Kedah,  Hicom Juniors. Pasukan Kenari  dengan nyanyian keramat lagu Hijau Kuning masuk ke padang dengan begitu bergaya. Namun pasukan Panther dengan semangat yg membara tidak sedikit pun merasa gentar.
Tiupan awal wisel memulakan pertandingan disambut dengan serangan serangan yang bertali arus oleh pasukan Kenari, Namun jentera  pertahanan Panthers  yang dikendalikan oleh Ariffin dan Amir di bantu Calister , begitu kebal  untuk di bolosi , biarpun begitu serangan serangan balas Panther juga gagal menghasilkan apa2 .
Percaturan memasukan pemain simpanan Akif Iqraiz untuk membantu bahagian serangan yang kelihatan tumpul menampakan permainan Panther menjadi lebih tersusun. Sehinggalah satu hantaran yang cantik dari Ariffin sampai kepada Akif , memperdayakan seorang pemain lawan dan terus merembat kencang gagal diselamat kan penjaga gol .
Seterusnya pasukan Panthers dengan permainan yang lebih mantap hanya bertahan dari asakan asakan yang berterusan dari pasukan Kenari sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Dengan keputusan jaringan Penang Panther 1 dan Kenari Kids – Hicom Junior 0
Dan pada hari itu bermula lah cabaran Penang Panther mengharungi Kejohanan bolasepak. Kemenangan pertama oleh pasukan bawah 12 tahun ini telah berjaya menaikan semangat pasukan bawah umur yg lain yg juga menghasilkan keputusan2 cemerlang  diluar dugaan.
Kemunculan secara tiba2 pasukan Penang Panthers dalam kejohanan kali ini pastinya membuka mata pasukan pasukan lain, yang selama ini tidak menyedari keujudannya. Terima kasih kami kepada penganjur kejohanan MUfa , yang begitu memberi sokongan untuk kami  supaya beraksi  dalam kejohanan kali ini.
Tahniah pada Pasukan, Jurulatih dan Pengurusan PgPanther
Selamat maju jaya





Sunday 22 May 2011

Semangat Panther di dada

Perlawanan persahabatan melawan Akedemi Bolasepak Basic Touch untuk semua peringkat umur pada pagi ini ,adalah salah satu program latihan pendedahan yang diatur pihak pengurusan untuk memantapkan lagi pasukan Penang Panther.
Perlawanan pagi ini juga merupakan latihan persedian terakhir untuk kejohanan anjuran Mufa yang akan berlangsung pada minggu hadapan.  Kejohanan pertama untuk Penang Panther yang turut disertai  oleh pasukan pasukan handalan yang memang digeruni dalam arena kejohanan Bolasepak .
Nama nama  pasukan seperti  Bintang Biru, Gen-Pro dari Kuala Lumpur, Kenari Kids dari Kedah bukanlah calang calang pasukan  dan memang telah terbukti kehebatannya.
Namun pasukan kami juga tidak memandang mudah pasukan pasukan lain yang menyertai kejohanan ini. Hasrat kami adalah untuk memberi persembahan yang terbaik dengan semangat juang yang jitu.
Sesungguhnya penyertaan sulung ini merupakan satu titik permulaan Panthers bagi menyertai kejohanan kejohanan akan datang.



Bawah 8 tahun 28hb Mei 2011

4
10.00AM
KKK HICOM-HONDA
VS
PENANG PANTHER
12
12.40PM
PENANG PANTHER
VS
PEARL A


Bawah 10 tahun 28hb Mei 2011

4
10.00AM
PENANG PANTHER
VS
KKK HICOM-HONDA
12
12.40PM
PENANG PANTHER
VS
PENANG KICKERS
20
04.20PM
PENANG PANTHER
VS
KICKERS FUTBOL


Bawah 12 tahun 28hb Mei 2011

2
09.20AM
KKK HICOM-JUNIORS
VS
PENANG PANTHER
14
02.20PM
PENANG PANTHER
VS
KLS CHELSEA
22
05.00PM
PENANG PANTHER
VS
MUFA


Kepada semua pelatih yang mewakili pasukan Penang Panther kalah menang adalah adat pertandingan , tunjukanlah permainan yang bersih dan menarik . berjuanglah dengan semangat Panther di dada.
Selamat maju jaya


Saturday 21 May 2011

Debaran menanti kejohanan sulung

Kejohanan anjuran MUFA pada hujung bulan nanti adalah merupakan kejohanan sulung yang akan disertai oleh Penang Panther yang dibawa oleh pengurusan baru kelab. Debaran menanti kejohanan itu bukan saja begitu kuat dirasakan oleh pelatih pelatih tetapi juga bagi pihak pengurusan yang telah berusaha begitu gigih untuk memastikan kelab Penang Panther masih relevan dan kembali kelandasan yang betul bagi merialisasikan matlamat asal penubuhan kelab

Pemilihan pemain untuk menyertai kejohanan ini juga telah dibuat, yang mana kebayakannya adalah merupakan pelatih pelatih baru yang memerlukan lebih banyak latihan dan pendedahan. Untuk memberikan pendedahan ini pihak pengurusann baru Penang Panther berpendapat kejohanan anjuran MUFA ini adalah satu platform pendedahan yang sesuai untuk mereka, disamping memperkenalkan kelab Penang Panther yang selama ini menyepi tanpa disedari keujudannya di arena kejohanan.

Matlamat sebenar kami bukan lah kejuaraan, tetapi hanyalah sebagai satu titik permulaan bagi kejohanan kejohanan yang akan datang. Disamping sebagai peringatan awal yang kelab PENANG PANTHER TELAH KEMBALI

Selamat majujaya kepada semua pelatih Panther, tunjukan lah disiplin, sifat juang serta semangat kesukanan tinggi.

Majulah sukan untuk Negara