Monday 5 November 2012

Liga 1MCC minggu ketiga


Setelah lebih tiga minggu liga bolasepak 1MCC berlangsung perlawanan peringkat kumpulan kini telah hampir sampai kepenghujung , cuma tinggal satu saja perlawanan lagi yang akan berlangsung pada 10.11.2012 untuk menamatkan pusingan dan menentukan 8 pasukan dari dua kumpulan yang layak kesuku akhir.


Dalam kumpulan A,tiga pasukan telahpun layak keperingkat seterusnya , Kenari Kids Langkawi mendahului kumpulan diikuti rapat oleh Sinar Dimaja Kepala Batas. Masing masing mempunyai 16 mata yang sama tetapi Kenari mempunyai kelebihan perbezaan 6 gol . Tempat ketiga Tennavan Football Academy dari Taiping Perak mendapat 12 mata.
Tempat keempat dari kumpulan A, akan ditentukan diatara Penang Panther SRC 10 mata, dan Bintang Biru 7 mata.

Empat pasukan dari setiap kumpulan akan layak keperingkat suku akhir.

Pada minggu pertama pertandingan Panthers telah berjaya menewaskan pasukan Akademi Pauh Jaya dangan keputusan 2 – 0, melalui jaringan Aiman dan Fitri,  pada sebelah petang pula Panthers telah seri dengan pasukan Bintang Biru 0 – 0, pada minggu pertama Panther telah mengumpul 4 mata,

Pada perlawanan pertama minggu kedua, Panthers telah tewas dengan agak mudah kepada Sinar Dimaja Kepala Batas dengan keputusan 0 – 6, tetapi telah membalas dengan menumpaskan Real Kidz FC dengan jumlah jaringan 6 – 1,  gol-gol dijaringkan oleh Aiman (3), Fitri (1), Azim (1), Shafiq (1) tiga mata dikumpul pada minggu kedua.

Pada minggu ketiga, keadaan menjadi sukar apabila sebahgian dari pemain2 utama tidak dapat bersama kerana terlibat dgn pertandingan MyKid anjuran MSN dan juga pertandingan antara zon sekolah2 yang diadakan pada tarikh yang sama, ada juga pemain2 yang telah cedera kerana bermain utk pasukan sekolah. Walaupun demikian keadaan ini tidak melemahkan semangat pemain pemain lain untuk meneruskan cabaran Penang Panthers.
Pada sebelah pagi Panthers telah berjaya menewaskan pasukan Minden Tigers dengan jumlah jaringan 2 – 1, gol-gol dijaringkan oleh Fitri melalui sepakan penalti dan juga Shahril melalui tendangan percuma .
Tetapi sebelah petangnya Panthers telah gagal menyekat pasukan Kenari Langkawi dan tewas dengan jaringan 0 – 4, tiga mata lagi dikumpul oleh Panthers

Sehingga minggu ketiga ini Panthers telah berjaya mengumpul 10 mata, jaringan 10, kena 12, perbezaan gol ( -2 ) manakala Bintang Biru pula mengumpul 7 mata, jaringan 5 kena 21 perbezaan gol  ( -16 )
Panthers memerlukan seri pada perlawanan terakhir dengan Tennavan FA Taiping untuk mara ataupun sekurangnya tidak tewas dengan jumlah jaringan yang besar.


Dalam kumpulan B empat pasukan telah pun layak keperingkat seterusnya dimana pasukan Assumption FC mendahului kumpulan B dikuti oleh Kenari Kids Kubang Pasu,
Universal Sport Club dan Kedah Kenari Junior.









Friday 26 October 2012

Liga 1MCC 2012 Bawah 12 – Zon Utara


Liga 1MCC 2012 Bawah 12 – Zon Utara

barisan pegawai dan pemain
Buat julung kalinya liga 1MCC dipertandingkan dikawasan Utara bermula dari 13hb Oktober 2012. Liga yang menarik perhatian banyak akademi bolasepak ini hanya dihadkan kepada 16 buah pasukan sahaja. Liga ini dipertandingkan secara liga dua kumpulan dimana empat pasukan teratas akan kepusingan suku akhir bertanding secara kalah mati. Kesemua perlawanan liga diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi

inilah barisan kita
Liga yang ditujukan khas untuk remaja bawah 12 tahun ini bertujuan sebagai asas pertandingan bagi akademi akademi dan kelab kelab bolasepak remaja, disamping memajukan perkembangan bolasepak diperingkat akar umbi.  Lokasi rasmi liga telah ditetapkan dipadang sekolah St Mark Butterwoth yang juga merupakan padang latihan Akademi Bintang Biru.

coach Nordin membuat percaturan
 Penglibatan Penang Panther didalam liga  yang diadakan buat petama kali nya di kawasan utara ini  adalah sebagai satu langkah pendedahan untuk pelatih2 Panther. 25 orang pelatih Panther berumur dari 10 hingga 12 tahun telah dipilih untuk membawa cabaran Panthers. Memandangkan pasukan pasukan hebat dari akademi lain seperti Bintang Biru dan Kenari Kedah juga turut serta, pasukan Panthers tidaklah memberi harapan yang tinggi dan tidak terlintas untuk menjuarai liga ini, cukuplah sekadar memberi persembahan terbaik yang termampu. Dengan menampilkan pemain2 100% pelatih Panther kita akan tetap berasa bangga walau dimanapun kedudukan kita didalam liga.








kedudukan selepas 4 permainan




Thursday 18 October 2012

Jamuan Aidil Fitri


MAJLIS HARI RAYA PENANG PANTHER


Pada hari Ahad 16hb Sept yang lalu kelab Penang Panther telah mengadakan satu jamuan sempena majlis Aidil Fitri untuk memperiratkan siratulrahim antara pelatih2 dan juga ibubapa.Majlis diadakan pada hari terakhir bulan Shawal dan masih didalam suasana berhari raya
Latihan pada hari itu diadakan seperti biasa walaupun hujan lebat namun pelatih2 tetap bersemangat dan merasa seronok bermain hujan.
Latihan dihentikan lebih awal untuk menghadiri jamuan hari raya yang diadakan dikantin  sekolah

Nuur Shadiqin
Pada majlis ini juga kelab Penang Panther telah berkesempatan mengiktiraf pelatih2 Panther yang cemerlang kerana terpilih didalam projek Pembangunan Bolasepak Negara MSN mewakili negara dan juga negeri dengan memberi sijil penghargaan dan sedikit hadiah sumbangan . Semuga ianya akan menjadi perangsang kepada pelatih2 lain untuk lebih bersemangat mempertingkatkan kemahiran bolasepak.

Md Azzim Othman
Suasana meriah terasa bila pelatih2 bersama ibubapa beramai ramai menjamu selera dengan juadah yang tersedia. Hiruk pikuk kedengaran bila pelatih2 berebut utk mendapatkan aiskrim yang disediakan apa tah lagi apabila mereka disuruh berbaris untuk menerima sumbangan duit raya yang diberikan pihak kelab.
Sungguh ceria dan meriah majlis hari raya Panthers ini. Diharapkan akan lebih baik lagi pada tahun2 hadapan.

Kelab Penang Panther ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada ibubapa/waris pelatih yang telah secara ikhlas memberi sumbangan berupa makanan maupun kewangan ,begitu juga kepada semua AJK dan ibu2 Panthers yang tampa menghirau penat menyumbang demi kejayaan majlis ini. TERIMA KASIH