Monday 13 June 2011

Juara MSSM sentuhan Cikgu Azhar

Cikgu Azhar jurulatih
Penang Panther SRC/PFS mengucapkan setinggi tahniah kepada Cikgu Azhar Abd Rahman yang juga ketua jurulatih Penang Panther SRC/PFS kerana berjaya membawa pasukan negeri Pulau Pinang menjuarai kategori bawah 15 tahun bolasepak Majlis Sukan Sekolah2 Malaysia. Kejuaraan ini menjadi sangat bermakna kerana buat pertama kalinya pasukan negeri berjaya menjadi juara MSSM bawah 15 tahun ,sekali gus membuktikan kebersanan cara kejurulatihan Cikgu Azhar

Pada pertandingan yang diadakan minggu lalu, pasukan Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai juara bola sepak MSSM bagi kategori 15 tahun apabila berjaya menumpaskan pasukan Kuala Lumpur dengan jaringan 1-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Dalam perlawanan akhir  yang berlangsung pada sebelah malam, kedua-dua pasukan menunjukkan kesungguhan untuk memenangi perlawanan tersebut. kedua-dua pasukan sering bertukar serangan untuk menjaringkan gol. Pada separuh masa pertama, pasukan Pulau Pinang banyak menguasai bola dan akhirnya pemain yang berjersi no 7, Mohd Asraf Zainol berjaya menjaringkan gol. Gol berpunca daripada kesilapan pertahanan  Kuala Lumpur yang gagal mengawal bola dengan baik  dikawasan sendiri. Kesempatan ini diambil oleh Mohd Asraf apabila merampas bola dikaki lawan dan seterusnya mengelecek dua pertahanan lawan dan merembat terus kearah pintu gol Kuala Lumpur dan gagal didakap kemas oleh penjaga gol. Pulau Pinang yang dibantu oleh penyokong tempatan akhirnya berjaya untuk mengekalkan jaringan sehingga tamat perlawanan 90 minit.


Kemenangan ini juga amat bermakna bagi Pulau Pinang apabila berjaya membalas dendam kekalahan mereka terhadap Kuala Lumpur dalam peringkat kumpulan dengan jaringan yang sama. Pada peringkat suku akhir pasukan Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan pasukan Kedah dengan jaringan 1-0. Seterusnya menumpaskan pasukan Sabah pada peringkat separuh akhir dengan jaringan enam gol tanpa balas.

Tahniah pasukan negeri Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment