|
Juara 12 tahun pasukan Chelsea |
Sebelum berehat panjang sempena cuti bulan Ramadhan , kelab Penang Panther telah menganjurkan satu kejohanan tertutup khusus untuk pelatih pelatih Panther. Kejohanan ini mempertandingkan empat katagori perlawanan bolasepak bawah 8 tahun, 10 tahun, 12 dan 14 tahun, disamping penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Pasukan yang bertanding
|
Juara 8 thn pasuan Barcelona |
Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mempamirkan bakat bakat pelatih, di dalam satu pertandingan yang sihat dan juga untuk memperiratkan siratul rahim sesama ibubapa pelatih. Kejohanan ini juga boleh dijadikan satu platform untuk pihak pengurusan mendapat feedback atau pendapat bagi memperbaiki halatuju kelab. Acara santai ini dijadikan sebagai satu riadah keluarga dihujung minggu, seperti berkelah ditepi padang sambil menonton dan bersorak untuk anak anak .
Penglibatan ibubapa pada kejohanan yang kedua ini sangat lah memberangsangkan , sumbangan sumbangan yang diberikan oleh ibubapa untuk menjayakan kejohanan ini, menunjukkan komitmen tinggi ibubapa yang ingin melihat kelab Penang Panther terus maju kehadapan.
Beberapa kemenangan didalam kejohanan yang disertai sebelum ini telah pun berjaya menaikkan nama Penang Panther. Kini Panthers lebih dikenali ramai dan diharap akan berupaya menarik lebih ramai pelatih2 baru menyertai kelab.
|
En Ir.Jamil pengurus pasukan Porto |
|
Minum ubat dulu |
No comments:
Post a Comment