Kelab Penang Panther akan turut menyertai kejohanan bolasepak Pial Kenari yang dianjurkan oleh kelab Kenari Kid Hicom-Honda di Sungai Petani Kedah pada 19hb dan 20hb November ini. Persiapan menjelang kejohanan ini berjalan dengan lancarnya, bukan saja dari para pelatih tetapi pihak pengurusan kelab juga sibuk dengan segala perancangan untuk memastikan penyertaan kali ini berjalan dengan baik, memandangkan penyertaan kali ini diadakan diluar kawasan, masaalah logistik, penginapan , serta permakanan perlulah diberi perhatian khusus. Tidak lupa juga untuk memastikan keselamatan kesemua pelatih yang akan ke Sungai Petani nanti.
Permilihan permain untuk menyertai kejohanan ini telahpun dibuat dimana kelab Penang Panther akan membawa 32 pelatih ke Sungai Petani Kedah bagi menyahut cabaran kali ini. Pasukan 12 tahun dibawah kendalian Coach Nordin, dan pasukan 10 tahun dilatih oleh Coach Awie , telah pun membuat persiapan rapi dan telah bersedia menghadapi mana2 pasukan yg bertanding.
Para pelaitih nampaknya begitu bersemagat dan sangat teruja untuk menyertai kejohanan kali ini kerana buat pertama kalinya Panthers menyertai kejohanan diluar Pulau Pinang. Matalamat kelab pada kejohanan kali ini adalah untuk memberi kan saingan yang terbaik disamping membawa nama kelab Penang Panther SRC setapak lagi ketahap yang lebih tinggi.
sekian
|
latihan asas |
|
penerangan dan motivasi |
|
latihan |
|
fokus mendengar penerangan |
|
latihan sebagai persiapan |