Liga remaja 1Malaysia Cardiff City Junior Football League (1MCC-JFL) merupakan satu liga yang telah berlansung dengan jayanya dan mendapat sambutan hangat di Lembah Klang . Kini perancangan untuk mengembangkannya ke keseluruh Negara telahpun dibuat sebagai langkah untuk membantu membangunkan bolasepak diperingkat akar umbi.
Sehubungan itu kelab Penang Panther serta akedemi lain yg ada dikawasan utara telah dijemput untuk mengahadiri satu sesi perjumpaan sumbang-saran pada 17hb September 2011 untuk membincangkan perancangan menganjurkan liga 1MCC-JFL diutara tanahair pda 2012 seterusnya memantapkan lagi aktiviti diperinkat remaja, serta membentuk halatuju pembangunan bolasepak remaja dinegara kita.
KBRM juga diwakili oleh pemain2 Panther/PFS |
Adalah menjadi harapan kita bersama agar perancangan ini menjadi kenyataan , dan kita dapat bertanding serta mempamirkan bakat didalam satu liga (1MCC-JFL) yang kompetitif . Dan juga liga ini menjadi medan untuk membekalkan pemain2 yang berpontensi keperingkat yang lebih tinggi.